Kurikulum Sekolah Sekolah_Rendah_Agama_Rakyat_Al-Falah

Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falah Taman Song Choon menggunakan Kurikulum Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) iaitu silibus yang telah ditetapkan oleh pihak JAIPK dan JAKIM. Terdapat 7 matapelajaran yang terdiri daripada :

  1. Al-Quran (Kefahaman, Tilawah, Hafazan & Tajwid)
  2. Lughah Al-Quran (Bahasa Arab)
  3. Jawi dan Khat
  4. Aqidah
  5. Ibadah
  6. Sirah
  7. Adab (Akhlak Islamiah)

Bagi murid tahun 5, mereka akan mengambil Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali sebagai UPKK.

Manakala bagi murid tahun 6, mereka akan mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam atau lebih dikenali sebagai SRAI.